Selamat Datang Ke Blog YanaLieyana

Monday 24 September 2012

Shila Hamzah the best!

Congratulations buat Shila Hamzah. juara Asian Wave. wakil dari malaysia. memang meremang bulu roma. tak caya? tengok la sendiri. HAHAHA XD

Menyanyi dalam bahasa cina. memang hebat la! lagi hebat bila penonton berbangsa cina turut menghayati lagu itu. means sampai la. yang paling bangga bila tengok juri turut enjoy. the best! 

Best lagi bila tengok fesyen pakaian ala ala muslimah itu. Awesome! kekalkan =)

Tahniah sekali lagi. Chumil ShilaHamzah :))
Chumil je muka time nih. kredit foto Beautifulnara =)
suka lagu neyh =)

Always Smile,
Love Yana

Sunday 23 September 2012

bantal busukku!

Entry bantal busuk! dengan tak malunya nak share. haha. duk bela bela dari tahun 2001 kot sampai la sekarang. lupa suda. lama sangat. tak penah basuh! HEHE!
ni rupa sarung bantal yg tak penah basuh. busuk sangat! winnie the pooh. like! like!
sampul color maroon tu yg cover sampul pooh. coz bau teruk sangat. HAHA XDD bentuknya dah lempeng keding like ownernya. haha! bawa ke mana saja. haha! kereta bus teksi semua hadap. haha! mak cakap kalo suka ciom bau busuk tu. tak elok! abaikan kata kata itu. bantal ni dah sebati dalam jiwa.haha! kalo tawen nak juga bela. kalo tak de bantal ni tak lena tido. wajib pelok tiap ari dan tiap malam. haha! ni salah satu sifat pelik daku! :DD

Thursday 20 September 2012

2008 until now

Mula kenal hujung tahun 2007 and berkawan dari tahun 2008 until now. InsyaAllah harap ke hujung nyawa.  apepun terjadi pada diri awak. awak tetap ensem di hati saya. dulu dan kini. hari hari. kalo dulu kurus kini gemok. kenapa saya nk lari dari awak? kenapa saya perlu cari lelaki lain? Eeeisshh. itu bukan salah satu faktor la. so Mr.Hero saya akan sayang awak walaupun skrang berat awak dh mencecah 80 kilo. HAHAHA! saya akan panggil awak budak gemok. Jahatnya saya! gurau ja. kikikiki =)) tak kesah la awak. 100 kilo pun awak tetap ensem n comel. peduli cakap orang. saya tetap akan jalan tepi awak sambil senyum senyum manja gitu. sebab saya kurus awak gemok. cute dah tu. HIHIHIH! jangan marah.
tetiba mengedik sikit arini. saya rindu budak ni. always love you la ensem :)

Status facebook saya arini buruk macamane pom awak depan orang lain. tetap ensem di hati saya. selalo bukan arini je. saya takkan lari dari awk. kalo lari juga. tolong kejar sekuat mungkin. HAHAHA gediknya la status pepagi buta!

Preview dari status facebook Ewan Abid  : Untunglaa mber aku sorg tu,awek dia ckp biarlah dia x ensem pun,tp dia tetap ensem dimata awek dia tu..bgus awek dia ni..mudahan tuhan hadiahkan kebahagian buat dia n awek dia suatu hari nti..amin

katanya ditujukan buat saya dan mr.hero =) like like like!!

Always Smile,
Love Yana


Entry gambar : Raya 2012

Assalamualaikum berkesempatan juga update gambar raya. walau syawal dah kehabisan. asik asik! 

raya tahun ni. sepakat memilih tema kelabu a.k.a tema tahun lepas. jimat! brother say tak payah membazir jahit baju melayu lain. taun lepas punya pakai sekali je. terdiam kakak ipar ku. adohai >.< fikir balik memang betol. lelaki pakai baju melayu pagi syawal ja. pastu campak dalam almari terus bagi bersawang! so kelabu tema kami. kelabu tak bape nak sama sangat. belasah aja! HAHAHAHAAHAHAHAHA!! inilaaa famili ku =))
 famili mybrother, anak sama besar ngn bapak dah. tengok muka abang sy susah nk senyum bila bergambar. 
 my mum and dad. luv so much! fesyen tdung ape la saya pakai tu xtahu :D
 bakar satey di pagi syawal. sedara mara dan jiran terdekat yang datang. sibuknya saya. tak sempat nk beraya umah jiran tetangga. 
aha kekoyaan di situ =)
alahai dua pasangan di atas romantiknya =)
 mereka berdua nk jugak bergambar. sila sila sila :)

Hari raya keluarga saya simple ja. yang pasti gembira. taun depan upload lagi. hahah :))

Always Smile,
Love Yana


Tuesday 18 September 2012

Moteng plus dating

Hallu hallu alohai semua tit tit tittttttt! kelmarin punyer kes!

Entry tak leh blah. HAHA! moteng? hingat zaman sekolah je ke suka moteng class. ni moteng keje okeyh. aloha. lepas waktu lunch terus tak masuk keje dah. kiki bole macam tu pulak? tak apa la sekali sekala dua kali dua kala. =D masuk minggu ni dua kali moteng keje, teruk teruk(hambik tangan tutup muka)

Lunch agak lewat perut dah bunyi macam macam, KFC, MCD,SR. alaaaah, ikot perut semua nk makanan western food je tau. kenyang kejap je. tak boleh kena makan nasi jugak. niat nk kuar hujan tiba tiba lebat pulak. aduhss! so, drive la slow macam siput. jalan ni jangan cakap la memang tak nampak langsung. si neera ni mengidam nk makan kt restoran ape la tak tahu. letaknya tepi sungai kelantan. sesampai restoran tu tutup?! HAHAAhaha gelak besar. padam muka kami!
Teruskan perjalanan pegi ke Tesco. makan makan kat situ jela. bagi perut kenyang dulo. baru la merewang rewang dalam tu kejap. suka nk g situ sebab ada donut big apple. like like! kalo dulu duk kuantan. tiap tiap hari bole makan. en ensem saya la jadi mangsa. sampai dia buat muka benggang dah. asyik nk makan donut ni je kalo kuar dating! Hehehe! tapi tetap bersabar layan kerenah saya. sayang awak ketat ketat >_<"
Dah beli satu set big apple. suka la. gurlfren saya si neera  belanja pulak kek secret recipe. sukanya. thankiuu. hingat nak makan situ tapi dah kenyang sangat. tapau ajela. sampai di park keta. snap sikit awak dan saya. ok selesai bertolak balik kira-kira 6.05 petang.
Tengokla betapa slimnya saya. dh rupa orang tak cukup kasih sayang/makan. sedih!!
Ouuhh jerawat nampak jugak di situ, tolong abaikan =D pipi neera juga yang gebuuuuu....
Sampai di traffic, jem teruk! Esihh buat muka benggang . busan dalam jem. kami snap lagi situ sini. orang tengok apa peduli. HAHA XD .muka pakai kaca mata sangat kelakar. tapi apa kan daya. mata rabun. setengah jam jugak nak sampai ke rumah neera. jem + hujan punya pasal! muka tahan kena sabar. dah ambik buah durian neera bagi. terus balik. sesampai maghrib. sempat juga. haha! mak n ayah dah tunggu nak makan durian. walaupon 2biji je adohaaaiiii =D

Always Smile,
Love Yana





Comel+Cute+Cerdik Luv u dear!

Entry : Nurin Nadirah Binti Mohd Assran

Si cilik comel ni. suka bergambar. suka berfesyen. suka senyum. semua dia suka. umor baru je nak masuk 3 tahun. geram sungguh rasa nk cubit je pipi dia. suka saja senyum. buat mimit muka cute gitu. alahai. koleksi gambar dia. saya suka ambik dan simpan. nak tunggu anak sendiri lambat lagi. anak orang pun jadi laaaaa =)
hahaha! tayam dik nuyimmm! muuaaaaxxhh!!!

Always Smile,
Love Yana

Saturday 15 September 2012

Berjimba Old School

Assalamualaikum semua ^__^

Sibok jugak nk update blog, HEHEHE!!

Jumaat kemarin, Kebetulan rumah mertua Atin ada buat makan makan sikit, kami sepakat nak pegi sama sama. ape lagi sonok la dapat berjimba dengan kawan kawan old school. kalo dulu kiteowang tersangat la nakal. padahal kiteorang xsama umur, join jer janji satu kepala tak betol! HAHA XD tapi pejam celik masing masing dah bergelar Isteri & Ibu. Alhamdulillah.. suami simpan umah. Hehe!

Rindu punyer pasal sembang dan bergosip sampai lebam. banyak sangat la storynya. macam macam. anak  anak sila buat hal sendiri. hadoiii T_T perut dari kenyang rasa lapar balik. bersnap situ sini, mengalahkan model. (perasan) nasib mertua atin sporting punyer caya laaaa.. nanti mau cari mertua dan suami macam atin jugak, kikikiki ^_^

Celoteh tak penah nak habis! Upload picture sikit =))
Manja gitu CikTin & CikDah :)
DikNa, CikDah dan MokKu and Baby Manda  ^_^
Mokku yang kendung anak tu si ibu beranak 2(4 tahun dan 2 thun). ibunya tak besar besar lagi. *Eisshh! cakap orang diri sendiri tak gemok jugak*
Baby Manda & Baby Nuyin (Kakak n adik sama tahun lain bulan)

Always Smile,
Love Yana

Sunday 9 September 2012

ku mohon petunjukMu

Assalamualaikum hai semua kawan kawan blog, sehat? 
Alhamdulillah, yana sehat aja aja ^_^ 

Fokus pada entry kali ni. dalam beberapa bulan hari saat yang ini, terlalu banyak dugaan yang datang bertubi tubi. Dussshhh!! ada kala hati seorang perempuan sangat rapuh, tak sekuat yang semua orang fikirkan. tapi apa kan daya, tempoh dengan redha dan tenang dalam menjalani ujian dariNya. hanya meminta petunjuk dariNya, InsyaAllah... akan ada jalan penyelesaian. -__-" buat diriku yang selalu lalai akan perintahMu ya Allah. andai ku lemah, kuatkan mental dan fizikal ku, agar dapat ku meneruskan hidup ini.. 

Ya Allah, Ku Mohon Petunjuk Mu, murahkan lah rezeki ku, keluargaku, saudara maraku, kawan-kawanku, jiran jiranku dan semua umat islam. semoga hidup kami diberkati olehMu ya Allah S.W.T.

Amin, amin, ya rabialamin.. salam kasih dan sayang dari yana untuk semua. sebesar mana masalah, sentiasa lah mengukir senyuman ^__^"

Maafla jika kalian tak senang akan entry kali ni.. just nak share luahan hati dengan korang semua =)

Always Smile,
Love Yana

Saturday 8 September 2012

Entry : Bufday again ^_^

Assalamualaikum Semua.. Sehat? 
Saya alhamdulillah sehat.. diharapkan kawan-kawan jua begituu :))

Entry kali ini bufday lagi.. kali ni bulan september.. siapa yang dilahirkan pada bulan september, saya ucapkan hepy bufday dan semoga kalian bahagia selalu dan dirahmati Allah SWT selalu amin amin :))

Okeyh, nak di jadikan cerita saya lupa akan tarikh bufday CikFatin ni. HEHE! tapi nak bernasib baik, kawan n husbandnya yang ingatkan. So, tak sempat la nk belikan hadiah or apa apa. Just pegi selebrate sahaja! Eisshh tak patot kan? dah nyanyok nk buat cane, kalendar dah reminder pom boleh lupa lagi >_<" saya kan buzy women. HEHE! membuzykan diri letewww... 

Maybe bufday kali ni memberikan kenangan yang terindah, coz, husband CikFatin ni, hadiahkan dia sebuah samsung galaxy tab2! Waahhhh! sangat bertuah nya. terasa nak jugak! tetiba! ada ke orang nk kasi? Aissshh! then selebrate bufdaynya bersama sama anak suami dan kawan kawan. sporting habis suaminya hihihihi! Entry bergambar gedik sikit :DD
1 famili yang hepy sokmo sokmo ^_^
no fokus : di pipi saya tu abaikan eyhh! Sob sob sob!
CikDah with beloved Dikyuyin n DikNesya :)
 Yang tudung maroon tu comel comel namanya CikDah dan Ciktin :))
Semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki selalu, Amin.. sila la tambah anak lagi tahun depan, hehehe! hahaha! bekerja keras sikit ^_^

Always Smile, 
Love Yana